Geng Blogger/Komuniti Blogger Anda memang TERBAIK!

Friday, May 14, 2010 Posted by Alya Adreana 4 comments



Ok, diam semua. -_-''

GENG BLOGGER bagai ketagihan buat bloggers hari ini. Saya sebenarnya agak tertarik dengan GENG BLOGGER sebab mesra pengguna dan berbahasa Melayu yang senang difahami. Saya tahu semua suka menggunakan GENG BLOGGER kerana mereka boleh berkongsi maklumat di samping dapat menambahkan kenalan yang sedia ada. Pelbagai tip-tip yang berguna mereka kongsikan bersama.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa GENG BLOGGER sekarang agak popular dikalangan bloggers kita hari ini. Tahniah kepada pengasas GENG BLOGGER yang telah mengumpulkan bloggers kita.

Selain itu, GENG BLOGGER juga mempunyai design yang agak menarik perhatian saya kerana simple tetapi gagah. HAHAHA. Tapi serius lah. Sebenarnya, dengan adanya GENG BLOGGER, kita dapat mempelajari perkara-perkara yang mungkin kita tidak tahu tetapi orang lain tahu. Itukan menarik namanya.

GENG BLOGGER!! Semoga terus maju. Saya tahu semua sayangkan GENG BLOGGER, saya pun begitu. Boleh main ping blog pulak tu. Kan? Maveles aa.

Ben Ashaari, i nak serang you!

Posted by Alya Adreana 0 comments



Salam Tengahari. Sungguh lama saya tak mengupdate dalam blog ini kerana kesibukan yang melampau. Hari ini saya diberi kesempatan untuk menyerang blog yang bertuah. Baiklah, hari ini saya akan menyerang mungkin tiga empat blog. Bersedia ye.

Baiklah, berbalik kepada blog Ben Ashaari, biasanya dia akan menjelajah blog-blog orang lain. Tapi hari ini saya sendiri akan menjelajah blognya. Bolehkan Encik Ben?

Encik Ben seorang yang rajin mengupdate blognya pada pemerhatian saya. Beliau juga sudah berkahwin . Encik Ben juga mempunyai peminat atau pembacanya yang tersendiri. Mungkin disebabkan wajanhnya yang macho lagi kacak, menyebabkan ramai pengunjung yang berkobar-kobar untuk ke blog beliau.

Jadinya, saya berharap agar beliau akan meneruskan dengan dunia blogging yang boleh mengautkan kentuntungan, kata Encik Ben. Apa-apapun, selamat berblogging dan senantiasa dalam sihatnya.

Selamat.

I'm A Mommy's Driver, Rara

Monday, May 3, 2010 Posted by Alya Adreana 4 comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ini saya cuti semata-mata nak buat balik url baru dan sebagainya. Ecece. Tapi memang seharian saya mengadap komputer ni untuk kumpul maklumat segala.


Untuk hari ini dan pertama kali, saya nak pergi terjah blog I'm A Mommy's Driver. Saya ni silent reader dia. Whoops, kantoi. Saya tak tahu kenapa sejak saya jumpa blog dia, asyik nak tahu je update baru dia. Dengan layout/design blog dia yang menarik tu. Wah, i like it, Rara!






Cantikkan blog I'm A Mommy Driver ni. Tak boring langsung kalau melepak dalam blog dia. Ehehe. Dan pada masa yang sama juga, dia ni kreatif. Saya tinjau-tinjau, banyak jugak tempahan dari customers dia. Memang berbakat Cik Rara kita sorang nih.


Untuk pengetahuan u olls, Cik Rara ni dah berpunya tau. Jangan gatal-gatal nak ngorat dia. Kan kena pelekung ngan boyfriend dia tak pasal-pasal. Kan Cik Rara? -_*. Siapa-siapa nak add facebook Cik Rara, pergi like SINI. Dia cakap facebook itu untuk kawan-kawan blog dia je. Facebook satu lagi untuk kawan-kawan sekolah dia je. Betul kan Cik Rara.


Cik Rara, saya nak tanya ni. Kenapa boleh diberi nama I'm A Mommy's Driver tu? Dulu Raracandyfloss kan kalau tak silap saya.


Okaylah, sekian saja untuk hari ini. Selamat bergembira Cik Rara dengan

I'm A Mommy's Driver dan selamat meneruskan perjuangan dalam berblogging dan kraftangan yang comel ye.


Sekian :)

Maaf ye encik :)

Posted by Alya Adreana 0 comments
Assalamualaikum.


Ok, maaf sangat-sangat. Sebenarnya Terjah Temuramah ditukar kepada Jom Serang sebab ada sorang bloggers ni cakap saya guna ayat 'terjah' yang dia punya. So sebab tak nak gaduh atau timbulkan masalah, saya tukarkan kepada nama lain. Sebenarnya saya tak tahu pun tentang blog Naz Terjah. Biarlah saya mengalah dan tak nak ambil apa-apa risiko. Maaf ye tuan punya Naz Terjah .  :)


Okaylah, selesai sudah masalah. Saya akan berkunjung ke blog masing-masing. Kalau tidak kesibukan saya akan buat review atau kritik kaw-kaw punya. Boleh? Ehehehe, tak la. Kan kena saman, tak pasal-pasal.

Jom Serang

Posted by Alya Adreana 1 comments
Hai, assalamualaikum.


Mungkin ada yang sudah biasa melihat wajah saya yang comot dan sangat tak lawa. Ehehe. Ini blog yang baru di 'create' semalam. Blog ini akan menerjah siapa-siapa sahaja tak kira masa atau di mana. Ini mungkin boleh menaikkan nama korang jugak kan. Siapa tahu. Yela, korang kan 'fofular'. Mana la nak sama dengan aku yang hentah hape-hape ni. :P


Blog ini mesra kawan. Takde aku suka A, tapi aku tak suka B. HAHAHAHA. Semua sama sahaja. Aku dah banyak buat list tentang blog-blog yang menarik perhatian aku dan perhatian blogger lain. Mereka ni memang hebatlah dalam berblogger. Ececece.


Ok, selepas aku menerjah blog korang, aku akan beramah-mesra pulak dengan korang. Tanya soalan-soalan pelik, dan korang kena jawab jugak. Aku ni cita-cita nak jadi wartawan, tapi sebab 'kemaluan' aku yang menebal berhadapan dengan orang, aku rasa ini jalan terbaik untuk aku mencapai angan-angan aku. Heh, jangan fikir kotor pulak dengan perkataan 'kemaluan' tadi. Maksud aku, aku ni pemalu yang amat sangat. -_-''


Aku harap korang akan senyum sahaja dengan kehadiran aku. Kalau tak suka pun buat buat suka lah. Heh, boleh pulak gitu kan.




Baiiiii :P