Jom Serang

Monday, May 3, 2010 Posted by Alya Adreana
Hai, assalamualaikum.


Mungkin ada yang sudah biasa melihat wajah saya yang comot dan sangat tak lawa. Ehehe. Ini blog yang baru di 'create' semalam. Blog ini akan menerjah siapa-siapa sahaja tak kira masa atau di mana. Ini mungkin boleh menaikkan nama korang jugak kan. Siapa tahu. Yela, korang kan 'fofular'. Mana la nak sama dengan aku yang hentah hape-hape ni. :P


Blog ini mesra kawan. Takde aku suka A, tapi aku tak suka B. HAHAHAHA. Semua sama sahaja. Aku dah banyak buat list tentang blog-blog yang menarik perhatian aku dan perhatian blogger lain. Mereka ni memang hebatlah dalam berblogger. Ececece.


Ok, selepas aku menerjah blog korang, aku akan beramah-mesra pulak dengan korang. Tanya soalan-soalan pelik, dan korang kena jawab jugak. Aku ni cita-cita nak jadi wartawan, tapi sebab 'kemaluan' aku yang menebal berhadapan dengan orang, aku rasa ini jalan terbaik untuk aku mencapai angan-angan aku. Heh, jangan fikir kotor pulak dengan perkataan 'kemaluan' tadi. Maksud aku, aku ni pemalu yang amat sangat. -_-''


Aku harap korang akan senyum sahaja dengan kehadiran aku. Kalau tak suka pun buat buat suka lah. Heh, boleh pulak gitu kan.




Baiiiii :P

1 Response to "Jom Serang"

  1. cikpia Says:

    ada orang tiru my tagline (dapat detect sebab salu pi blog dia..) tapi tak amik pot pun.....

    MUNGKIN kebetulan our ideas are the same kan.....??? layan jer la....